Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ekonomi Malaysia Suku Pertama...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menolak kemungkinan lebih banyak langkah...

Isu Rohingya, Bukan Campur...

KUALA LUMPUR - Pembelaan terhadap etnik Rohingya yang dizalimi di Myanmar bukan soal...

PRN Sarawak 18 Disember

KUCHING : Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak akan diadakan pada 18 Disember...

Dua Lelaki Rusia Usung...

PENUMPANG tren di Rusia dikejutkan dengan kelibat dua lelaki yang memasuki tren tersebut...

Pegawai Kerajaan Cuba Bogelkan Wanita, Dipecat

GARA-GARA video dan gambarnya tersebar dalam media sosial yang memaparkan bagaimana seorang pegawai tinggi kerajaan di China cuba mencabul seorang wanita, lelaki itu akhirnya dibuang kerja.

Video skandal tersebut telah tersebar kepada umum semalam, menyebabkan Chan Jianming dipecat oleh Parti Komunis.

Sebanyak tiga video rakaman didedahkan, yang menyaksikan dia meraba salah seorang wanita di dalam sebuah restoran.

Wanita itu kelihatan amat malu apabila Chan mengangkat bajunya dan turut meraba punggung. Ketika itu terdapat beberapa orang yang lain di dalam restoran terbabit.

Dia cuba menghentikan perbuatan Chan namun tidak dihiraukan oleh Chan dan sampai ke tahap wanita berkenaan hampir bogel dengan pakaian dalamnya cuba dibuka oleh Chan.

Hanya selepas seseorang di situ menyatakan `cukuplah’ baru Chan melepaskan wanita tersebut, yang tidak diketahui identitinya.


Netizen di China memang tidak memberi peluang kepada kakitangan awam di negeri itu dan mereka sering lantang mengecam tindakan pegawai kerajaan.

“Saya telah melihat banyak skandal yang berlaku melibatkan pegawai kerajaan yang berbeza. Itulah bagaimana haiwan dilatih,’’ kata pengguna media sosial.

Kes berkenaan juga masih dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori