Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Pistol Riot Hilang, Ditemukan...

KUCHING – Sepucuk pistol separa automatik jenis Smith and Wesson yang ditemukan di...

Hotel Dituntut Kerjasama Serbu...

PIHAK hotel diminta untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa agama ketika pemeriksaan...

Pemandu 4×4 Lawan Arus...

SHAH ALAM - Lelaki yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Persekutuan hingga...

Krisis Prestasi Real Madrid...

MADRID - Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric mengakui pasukannya berdepan masalah serius,...

Peguam Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan

JOHOR BAHARU – Peguam Kamal Hisham Jaafar yang ditahan semula Khamis, direman selama tujuh hari bermula Jumaat.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Nabilah Md Ruslan, membenarkan Kamal Hisham yang berusia 45 itu direman sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 402/409 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Peguam yang mewakili Kamal Hisham, G. K Sritharan memberitahu Bernama permohonan reman tersebut sebelum itu, dibuat oleh pegawai polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor.

“Menurut pegawai polis, reman itu adalah untuk membantu siasatan beberapa kes pecah amanah atau tipu dan kes membabitkan kesalahan fitnah jenayah yang didakwa dilakukan Kamal Hisham terhadap Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) dalam laman sosial Facebooknya.

“Kamal Hisham kini dibawa ke lokap IPK untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini.


Terdahulu, Kamal Hisham dilihat memasuki bilik reman di Mahkamah Majistret kira-kira 9 pagi dan hanya keluar sejam setengah kemudian.

Dia yang memakai baju kemeja-T berkolar, dikerumuni anggota keluarga sebelum diiringi masuk ke kereta polis.

Pada Khamis, Kamal Hisham ditahan semula dua jam selepas dia membayar ikat jamin atas dua pertuduhan pecah amanah di perkarangan Mahkamah Sesyen di sini.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Kamal Hisham mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin, sementara menunggu kes tersebut disebut semula pada 30 Sept ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori