Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Penolong Pengarah didakwa...

MELAKA - Seorang bekas Penolong Pengarah Pengurusan dan Kewangan, Perbadanan Stadium Melaka mengaku...

Haba Ketika Jentolak Gelek...

KUALA LUMPUR : Polis percaya letupan berlaku di stor barang kes milik Ibu...

Lelaki Ditemui Mati Dalam...

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta mewah model Mclaren...

Bangga Berkongsi Hari Jadi...

ALOR SETAR - Bangga! Itulah perasaan yang dapat digambarkan oleh Wira Ady Ikhlas...

Peguam Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah RM533,000

JOHOR BAHARU – Seorang peguam yang ditahan polis Singapura semalam dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM533,000, lima tahun lepas.

Kamal Hisham Jaafar, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan pecah amanah berjumlah RM515,000 pada Disember 2009 terhadap syarikat Met Mint (M) Sdn. Bhd yang mahu menyewa ruang niaga di Bangunan JB Sentral.

Atas pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama melibatkan wang RM18,000 terhadap Point Convenience Shop Sdn. Bhd., terhadap tujuan sama pada Oktober 2010.

Kamal Hisham ketika itu merupakan pengarah Southern Ads Sdn.Bhd., yang diamanahkan oleh lembaga pengarah syarikat dengan penguasaan ruang niaga di JB Sentral.

Bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Haldar Abu Aziz membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin sementara menunggu kes tersebut disebut semula pada 30 Sept ini.


Sebagai syarat tambahan, Kamal Hisham diminta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu.

Kamal Hisham, yang menjadi buruan polis Malaysia sejak tiga tahun lepas, ditahan polis Singapura pada pukul 11.15 pagi semalam sebaik didapati masuk ke negara itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada malam Selasa dari Timur Tengah.

Menerusi waran tangkap Interpol yang dikeluarkan ke atasnya, dia kemudian dibawa pulang ke sini untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri Johor, Saiful Edris Zainuddin bersama Timbalan Pendakwa Raya, Nor Iffa Zarilla manakala tertuduh diwakili peguam – S.Prakash, Mohd Ashram Zakaria, Hazza Khalid, G. Sritharan dan Gobing Singh Deo.

Semasa prosiding hari ini Saiful Edris, yang mengetuai pihak pendakwaan, meminta mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana dia telah menghilangkan diri selama tiga tahun.

Bagaimanapun, Prakash berkata pihak pendakwaan tidak mempunyai alasan kukuh untuk membuat permohonan itu kerana gagal menunjukkan sebarang bukti jelas terhadap pertuduhan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori