Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

“Saya Tidak Berhibur Di...

SANDAKAN - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan pernah berhibur...

Restoran 24 Jam, Gerai...

KUALA LUMPUR – Restoran 24 jam sering menjadi tumpuan warga kota yang "kelaparan"...

GAMBAR: Sumbangan Orang Ramai...

Jujurnya, kami kagum dengan keprihatinan rakyat Malaysia di saat beberapa negeri menghadapi musibah...

LTdL 2015: Juara Berganda...

KUALA LUMPUR - Buat pertama kali, juara berganda Tour de France daripada pasukan...

Pekerja Hotel Ditahan Dipercayai Tanam Pokok Ganja

JOHOR BAHRU – Dua pekerja hotel ditahan di pangsapuri Bukit Saujana di sini semalam kerana disyaki menanam pokok ganja.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata pihaknya menemui pasu kecil yang mengandungi 14 batang anak pokok yang disyaki pokok ganja di pangsapuri tersebut.

“Turut ditemui dari pangsapuri yang didiami seorang lelaki berumur 29 tahun dan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun itu ialah 14 biji benih yang disyaki ganja dan paket yang di dalamnya terdapat tumbuhan kering disyaki ganja.

“Ketika serbuan, mereka enggan membuka pintu, lalu pihak polis terpaksa memecahkan pintu tersebut,” katanya.


Beliau berkata turut dirampas ialah empat ketul mampat yang dipercayai ganja serta alat penimbang.

Mereka didakwa kerana memiliki dan mengedar ganja, katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/jXaWeu0ea0k

  • Lagi berita berkaitan:
  • ganja

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori