BAGAI hidup dalam penjara, itu yang dialami oleh pelajar di sekolah tinggi Wales di Cardiff apabila mereka perlu mendapatkan surat daripada doktor jika mahu ke tandas ketika sesi pembelajaran berlangsung.
Perkara itu dimaklumkan pihak sekolah kepada ibu bapa pelajar.
“Jika anak anda mahu keluar dari kelas untuk ke tandas, sila sediakan surat doktor pada minggu depan agar mereka diberikan pas,’’ demikian tulis mesej yang diterima ibu bapa terbabit.
Menurut salah seorang daripada ibu pelajar terbabit, Carolyn Maggs, dia telah menemui doktor dan bayaran untuk mendapatkan surat tersebut adalah £25.
“Saya kini kena bayar untuk dua orang, kerana saya ada dua orang anak yang bersekolah di situ,’’ katanya.
Bagaimanapun pengetua sekolah, Ceri Weatherall mempertahankan tindakan itu dan memberitahu surat doktor adalah untuk pelajar yang kerap ke tandas.
“Kami kecewa kerana ibu bapa salah faham mengenai perkara ini,’’ katanya.
– MYNEWSHUB.CC