Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Sahkan Terima Laporan...

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru...

Piala Malaysia: FELDA Uji...

JEMPOL - Skuad FELDA United akan mengadakan perlawanan persahabatan di Singapura hujung bulan...

Video: Detik Cemas Pak...

VIDEO ini memaparkan detik cemas seorang lelaki Arab yang sedang berjalan kaki di...

Masakan Kampung Pilihan Agong,...

KUANTAN - Sering disajikan pelbagai juadah di restoran dan hotel terkemuka, ramai pasti...

Pelajar Sekolah Butterworth Cipta `Kasut Powerbank’

KUALA LUMPUR – `Kasut Powerbank‘ ciptaan sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling, Butterworth, Pulau Pinang memenangi Anugerah Inovasi Inklusif Persatuan Sains Teknologi dan Rekacipta (ASTI) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

YIM dalam satu kenyataan berkata, kumpulan pelajar terbabit menerima anugerah itu bersempena Cabaran Perekacipta Muda 2015 yang berlangsung di sini baru-baru ini.

“Anugerah Inovasi Inklusif ASTI-YIM diperkenalkan untuk menggalakkan inovasi dalam kalangan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun.

“Pasukan yang menang dikenali dengan nama Jaws menggunakan sistem dinamo untuk menukar tenaga kinetik yang dihasilkan oleh pergerakan apabila berjalan, kepada elektrik seterusnya mampu membantu berjuta-juta orang mengecas telefon bimbit mereka dengan cara yang paling murah dan mesra alam,” kata kenyataan itu hari ini.


Pengarah Inovasi Inklusif YIM, Abdul Razak bin Ahmad dalam kenyataan sama berkata, para hakim pertandingan itu berasa kagum dengan ciptaan pelajar tersebut kerana ia benar-benar memberi manfaat kepada orang ramai terutama mereka yang tidak mempunyai powerbank.

“Walaupun tanpa sebarang latihan formal, pelajar tersebut dapat mencipta ‘Kasut Powerbank‘ bagi memastikan semua orang masih dapat dihubungi walaupun telefon mudah alih mereka berada pada tahap bateri rendah.

“Apatah lagi dengan persekitaran semasa di mana seolah-olah semua orang tanpa mengira latar belakang ekonomi perlu dihubungi pada setiap masa,” kata Abdul Razak. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori