Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TPPA: Lupakan Atau Teruskan,...

KUALA LUMPUR - Selepas lima tahun dan 19 pusingan proses rundingan, Perjanjian Perkongsian...

Jenama Tempatan Juga Bermutu...

KREATIF… Pertandingan Reka Cipta Iklan Komersial 2018 anjuran Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan...

Siapakah Punca Persengketaan Agama?

KUALA LUMPUR - "Persoalannya siapakah yang sebelum ini membuat dakwaan dusta tentang layanan...

Wanita Maut, Suami Parah...

GEORGE TOWN - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah apabila motosikal mereka...

Pelaksanaan Bekalan Air Berjadual Di JB Henti Sementara

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekalan air secara berjadual di Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor akan diberhentikan sementara pada 23, 24 dan 25 September ini.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim berkata, langkah tersebut bagi membolehkan orang ramai di daerah itu meraikan Hari Raya Aidiladha tahun ini tanpa gangguan bekalan air.

“Bekalan air berjadual di dua daerah di Johor itu akan diteruskan selepas tempoh tersebut seperti jadual sebelumnya.

“Bekalan air berjadual di Kota Tinggi dan Johor Bahru masih diteruskan akibat penyusutan paras dua empangan iaitu Empangan Sungai Lebam dan Empangan Sungai Layang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail berkata, walaupun terdapat hujan di kedua empangan tersebut iaitu sebanyak 29 mm di Empangan Sungai Lebam dan 101 mm di Empangan Sungai Layang dalam tempoh tujuh hari kebelakangan ini namun paras kedua-dua empangan masih lagi rendah.


Menurutnya, sehingga 20 September 2015, Empangan Sungai Lebam berada pada paras 9.12 meter di atas aras laut dengan peratus simpanan sebanyak 10.74 peratus manakala paras Empangan Sungai Layang pula 19.12 m dengan peratus simpanan sebanyak 15.90 peratus.

“Bekalan air berjadual tersebut melibatkan sebanyak 13,012 akaun atau anggaran 53,000 orang pengguna di Kota Tinggi dan sebanyak 116,000 akaun atau anggaran 580,000 orang pengguna di Johor Bahru.

“Di bawah pengagihan berjadual tersebut, pengguna-pengguna di Kota Tinggi menerima bekalan air selama 24 jam diikuti tiada air selama 24 jam berikutnya secara berselang seli manakala pengguna di Johor Bahru pula menerima bekalan air selama 24 jam dan diikuti tiada bekalan selama 48 jam berikutnya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori