Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pekerja Kedai Telefon Bimbit...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai telefon bimbit mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Najib Dilarang Ikuti Prosiding...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Sultan Selangor Syor Hukuman...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan peningkatan kes...

Keluarga Model Belanda Tawar...

KELUARGA Ivana Esther Robert Smit menawarkan ganjaran bernilai AS$50,000 (RM198,725) kepada mana-mana individu...

Pelancong China Didakwa Tipu Wanita Tempatan

KOTA KINABALU – Seorang pelancong China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan cuba memperdaya seorang wanita tempatan pada 14 Sept lepas.

Zhao XingQin, 53, berasal dari Yunan, China didakwa menipu Ling Been Lan, 45, dengan memperdayakan mangsa bahawa keluarganya akan ditimpa musibah sekiranya tidak menyerahkan harta kepada tertuduh.

Wanita itu melakukan kesalahan tersebut di Taman Foh Sang di sini pada 14 Sept, dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 10 tahun penjara serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan deposit RM3,500 kepada mahkamah dan dua orang penjamin tempatan.


Beliau menetapkan 15 Okt sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Inspektor Isfandiar Dr Jasdi manakala tertuduh diwakili peguam Syaiful Suffyan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori