PELARIAN Syria yang ditendang oleh jurukamera yang berasal dari Hungary mengatakan dia tidak akan memaafkan perbuatan biadap wanita tersebut terhadapnya.
Osama Abdel-Muhsen Alghadab sedang mendukung anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, Zaid ketika dia ditendang Petra Laszlo.
Osama dan anaknya kini berlindung di Jerman.
“Macam mana saya nak maafkan dia, keadaan pada ketika itu sangat huru-hara, orang ramai mula menolak satu sama lain. Saya tak perasan kelibat dia (Petra) yang menyebabkan saya dan anak terjatuh,” katanya.
Insiden Petra menendang Osama telah menyebabkan jurukamera itu dibuang kerja selepas perbuatannya itu dicemuh masyarakat seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC