Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Prayut Diberi Sambutan Rasmi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha yang tiba di sini untuk...

8 Penagih Ditahan Setelah...

TELUK INTAN - Lapan penagih dadah berumur lingkungan antara 40 hingga 50 tahun...

Banjir: Bekalan Sayur Di...

PENGERANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memberi jaminan, bekalan sayur di Johor...

Tak Mahu Lepas Waktu,...

PADA usia yang muda, penyanyi Haqiem Rusli sering menunjukkan contoh yang baik kepada...

Peluang Lihat Secara Terus Penyu Bertelur Waktu Malam

KUALA TERENGGANU – Para pelancong boleh melihat penyu bertelur secara terus apabila Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang dibuka pada waktu malam bermula tahun depan.

Ketua cawangan pengurusan dan pemuliharaan sumber negeri, Rusman Rusdy berkata program tersebut pertama kali diperkenalkan pada musim kemuncak penyu bertelur dari bulan Jun hingga Ogos lalu.

“Pelancong-pelancong yang datang ke pusat konservasi kita bawa mereka ke pantai untuk melihat penyu bertelur pada waktu malam,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya dalam perancangan meneruskan program seumpama itu tahun hadapan dengan harapan dapat meningkatkan kedatangan pelancong ke pusat konservasi itu.

penyu bertelur bos

IMG_3653

Rusman berkata beberapa daya tarikan juga akan disediakan di pusat tersebut seperti model penetasan telur penyu sebenar di dalam kotak lut sinar serta pameran tuntung hidup di dalam kolam.


“Semasa percubaan, sambutan pelancong terhadap program tersebut amat menggalakkan,” jelasnya.

Beliau berkata mengikut rekod seramai 10,025 orang pelancong termasuk 300 pelancong luar negara telah mengunjungi pusat konservasi bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Menurut beliau kebanyakan pelancong luar negara tersebut dari Jerman, Jepun dan Perancis.

Rusman berkata pelancong dalam negara pula kebanyakannya pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi dan badan-badan bukan kerajaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • penyu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori