Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Neelofa Akhirnya Akui Pernah...

JIKA sebelum ini pengacara dan pelakon Neelofa banyak bermain teka-teki mengenai status hubungannya...

KBS: Najib Arah Buat...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan supaya siasatan berhubung...

Zurich Insurance Tingkatkan Produk...

KUALA LUMPUR - Zurich Insurance Malaysia Bhd mahu meningkatkan produk berkaitan pelaburan dengan...

‘Keluarga Kami Orang Susah...

TIDAK dapat dinafikan bahawa memilih kawan adalah penting dalam kehidupan kerana ianya boleh...

Pemandu Maut Treler Bertembung Treler Di Beluran

BELURAN – Seorang pemandu maut apabila trelernya bertembung dengan sebuah treler lain di Kilometer 76, Jalan Beluran-Telupid di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt V.Sivanathan berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Limar Tiro, 46, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta patah anggota badannya.

Beliau berkata lori yang dipandu mangsa datang dari arah Telupid menuju Sandakan sementara sebuah lori lagi yang juga membawa kelapa sawit dipandu dari arah bertentangan.

“Dilaporkan lori yang dipandu mangsa ingin memotong kenderaan di hadapannya, tetapi pada masa yang sama datang sebuah lori lain dari arah bertentangan,” katanya kepada Bernama.


Sivanathan berkata berlaku perlanggaran yang menyebabkan lori mangsa remuk di bahagian hadapan dan mangsa tersepit di dalamnya. – BERNAMA

Lori treler dan lori kecil kemalangan di Raub, Pahang (2 JUN 2015).

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori