Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Padah Bergurau Guna...

PADAH bermain pemetik api, sekumpulan remaja nyaris terbakar apabila tangki minyak motosikal yang...

Pertanian Di Cameron Highlands...

CAMERON HIGHLANDS - "Hasil kurang, kualiti kurang, untung pun kurang," demikian antara keluhan pekebun...

Pelajar OKU Tabah Mahu...

SINTOK – Seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak menjadikan kecacatan sebagai penghalang...

Brunei Mula Lancar Teksi...

BANDAR SERI BEGAWAN - Meskipun sudah merdeka daripada penjajahan Britain sejak 1984, operasi...

Pembangkang Ancam Buat Lagi Himpunan Baju Kuning!

KUALA LUMPUR – Ibarat kaduk naik junjung atau cacing naik ke mata. Pihak pembangkang memberi amaran satu lagi himpunan baju kuning bagi menentang kerajaan akan diadakan di ibu negara secara besar-besaran.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, perhimpunan haram jalanan itu bakal diadakan jika kerajaan Barisan Nasional gagal memenuhi tuntutan Bersih 4.0 sebelum ini.

Jika kerajaan mahu elak perhimpunan seperti Bersih 4 berlaku lagi, saya cadang Menteri Dalam Negeri dan pimpinan kerajaan segera melaksanakan reformasi seperti dituntut Bersih 4.0,” katanya dalam satu kenyataan.

Fahmi dalam pada itu membantah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta agar tiada lagi demonstrasi jalanan berlaku di Malaysia sama ada perhimpunan kuning mahupun merah.

Tegas beliau, perhimpunan jalanan adalah hak rakyat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Ahmad Zahid tidak boleh menghalangnya walaupun langsung tidak mendapat permit daripada pihak polis.

Ahmad Zahid tidak patut menyamakan perhimpunan haram Bersih 4.0 dengan Himpunan Rakyat Bersatu atau baju merah yang mempunyai kelompok ekstremis Melayu,” katanya dengan nada penuh angkuh dan bongkak.


Untuk rekod, Fahmi pernah dikritik teruk oleh beberapa badan Melayu sebelum ini kerana sering mementaskan teater yang mengagung-agungkan ideologi komunisme sebagai pejuang kemerdekaan sebenar Tanah Melayu.

Pembangkang bersama beberapa badan bukan kerajaan anti-BN yang memperjuangkan hak kebebasan melampau termasuk hak amal gaya hidup LGBT dan murtad mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 pada akhir Ogos lalu.

Demonstrasi jalanan didominasi penyokong tegar DAP itu turut menuntut kerajaan sedia ada diserahkan kepada DAP dan PKR supaya kebebasan mutlak dapat diamalkan di Malaysia tanpa melalui proses pilihan raya.

Himpunan haram itu namun gagal dapat sambutan apabila cuma disertai 20,000 orang malah dikecam pelbagai pihak ekoran sikap biadap peserta memijak gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS selain mengganggu persiapan acara Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Berikutan itu, lebih 200,000 orang Melayu berpakaian serba merah bertindak berhimpun di ibu negara pada Hari Malaysia 16 Sepetember lalu bagi menunjukkan sokongan padu kepada kerajaan BN sedia ada. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori