Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mabuk Punya Pasal, Lelaki...

Sadis betul dengan kisah ini!Disebabkan mabuk dan berada dalam kondisi separuh sedar, seorang...

Thailand Akan Buat Pilihan...

BANGKOK - Pungutan Suara ke atas perlembagaan baharu yang disokong junta berlangsung hari...

Atlet Emas Olimpik ASEAN...

KUALA LUMPUR - Kini atlet-atlet negara rantau ASEAN mempunyai satu lagi sebab terbaik...

Kenapa Awak Tak Hormat...

PELAKON dan pelawak veteran, Sulaiman Yassin menyifatkan tindakan 'barbaric' menampar penerbit filem, David...

Pemuda PAS Bantah Campur Tangan Kerajaan China

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegaskan urusan hal ehwal dalaman Malaysia tidak boleh dicampuri oleh mana-mana negara luar termasuk China.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Malaysia tidak boleh membenarkan mana-mana pihak mengambil kesempatan atas isu yang berlaku untuk mengundang ketidakstabilan dalam negara.

“DPPM bertegas supaya urusan hal ehwal negara tidak dicampuri oleh negara luar dan mengalu-alukan permohonan maaf daripada pihak kedutaan China bagi meredakan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhammad Khalil dalam pada itu berharap Kementerian Luar bertindak segera untuk menyelesaikan isu campur tangan politik Malaysia oleh kerajaan China tersebut di meja rundingan dengan segera bagi mengelakkan ia berlarutan.


Kedutaan China di Malaysia mempertahankan lawatan Duta, Dr Huang Kui Kang ke Petaling Street baru-baru ini dengan menegaskan lawatan itu semata-mata sebagai lawatan muhibah.

Kerajaan Malaysia meminta Kedutaan China memberi penjelasan berkenaan lawatan Huang ke Petaling Street dan kenyataannya yang dianggap cuba mencampuri urusan dalaman negara ini.

Media pro-pembangkang sebelum ini melaporkan Kui Kang sewaktu hadir di Petaling Street menegaskan kerajaan China tidak akan membiarkan kaum Cina Malaysia ditindas dan dianiaya. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori