Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tajul Nafi Kahwin, Mohon...

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja nama penyanyi, Tajul menjadi sebutan orang ramai...

6 Maut Dinding Hospital...

NAIROBI - Sekurang-kurangnya enam terbunuh, termasuk empat kanak-kanak, selepas dinding sebuah hospital runtuh...

Terkenang Guan Eng Kutuk...

FALSAFAH politik 'tiada hujan, tiada banjir' pernah diungkapkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng...

Boleh Letak Calon 18...

PUTRAJAYA - Parti politik boleh mula meletakkan calon berusia 18 tahun bermula Pilihan...

Anak Hijjas Kasturi Ditahan Lepaskan 7 Belon Di Majlis Najib

SEORANG wanita berusia 35 tahun menerima padah apabila dia ditahan oleh pihak berkuasa setelah dituduh melepaskan tujuh biji belon protes Bersih berwarna kuning pada majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku semalam di tingkat bawah pusat beli belah Pavilion ketika pemimpin tertinggi negara itu hadir bagi perasmian Festival Kesenian Antarabangsa DiverseCity 2015.

Bilqis_Hijjas_Facebook_300815

Menurut laporan portal tempatan, belon-belon berkenaan yang mempunyai tulisan seperti ‘democracy’, ‘justice’ dan ‘free media’ itu dilepaskan suspek, Bilqis Hijjas dari tingkat lima sebelum ia menarik perhatian kira-kira 200 tetamu yang hadir.

Namun demikian, ia hanya berlegar-legar di ruang udara sebelum terjatuh di kawasan belakang pentas dan kemudiannya dikutip pengawal keselamatan.

Seorang polis bantuan pula dikatakan naik ke tingkat atas untuk menjejaki suspek yang bertindak melepaskan belon-belon berkenaan. Dia kemudiannya dilaporkan ditahan dan disoal siasat oleh polis Dang Wangi.


Ketua Polis daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah mengesahkan insiden berkenaan dan berkata, pihak polis kini sedang membuat siasatan terhadap kejadian berkenaan.

“Terlalu awal untuk mendedahkan maklumat. Kami masih lagi menyiasat,” ujarnya seperti dilaporkan Malaysian Digest.

Sekadar informasi, Bilqis merupakan anak kepada arkitek terkenal negara, Hijjas Kasturi. Nama Hijjas sememangnya tidak asing sebagai ikon rekaan beberapa mercu tanda negara seperti Wisma Equity, Menara Tabung Haji, Menara Telekom dan Stadium Shah Alam. – MYNEWSHUB.CC

Bersih 4 – Medan Cina Gulingkan Kerajaan

https://www.youtube.com/watch?v=x5tO9tEKFA8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori