Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anak Wan Khair-il Sertai...

KUALA KANGSAR - Empat anak Allahyarham Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, keluar dari...

Aksi Swafoto Ekstrem ‘Tempah’...

MEMANJAT bangunan tinggi atau melakukan aksi ekstrem untuk mendapatkan gambar swafoto yang cantik sudah menjadi...

Baki Akaun Najib RM103,363.82

KUALA LUMPUR - Saksi pendakwaan ke-21, R. Uma Devi memberitahu tiga akaun Datuk...

Wira Mynewshub: Cacat Bukan...

DIKURNIAKAN anggota tubuh badan yang tidak sempurna bukanlah bebanan buat lelaki ini untuk...

Pencuri Terserempak Polis Tidak Sempat Lari

SEREMBAN – Cubaan seorang lelaki memecah masuk dan melarikan barang berharga dari sebuah rumah di Garden City Homes, Seremban 2, di sini, tidak berhasil apabila perbuatannya disedari polis, kelmarin.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 7 pagi, suspek berusia 20-an memasuki kediaman berkenaan ketika pemiliknya keluar bekerja.

Katanya, suspek masuk ke dalam kediaman dengan mengumpil pintu bahagian belakang rumah sebelum mengambil barangan berharga termasuk komputer riba, wang tunai RM1,000, jam tangan dan gelang.

“Ketika dia mahu melarikan diri melalui pintu belakang, anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu melihat kelibatnya.

“Polis terbabit mengejar suspek sebelum menahannya. Anggota polis memaklumkan penahanan itu kepada bilik gerakan dan pemilik rumah,” katanya.

Sumber berkata, pemilik rumah pulang dan mendapati ruang tamu rumah berselerak selain pintu belakang diumpil suspek.


Beliau berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, di sini, untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dijalankan. – myMetro Online

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori