Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerugian Bersih Malaysia Airports...

PETALING JAYA : Kerugian bersih Malaysia Airports Holdings Berhad mengecil sebanyak 63.6 peratus...

PTPTN Umum Dividen 4...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen...

Bagaimana Mahu Baca Mesej,...

KITA sering menyesal apabila memadam mesej WhatsApp sama ada secara sengaja atau tak...

Lebihan Bayaran, Jumlah Pampasan...

KUALA LUMPUR – Jumlah pampasan dan sebarang lebihan bayaran bagi projek Trans-Sabah Gas...

Pengedar Maut Dipercayai Berebut Kawasan Mengedar

KLUANG – Seorang lelaki ditemui maut dipercayai akibat berebut kawasan mengedar dadah dengan anggota kumpulan pengedar lain di Kampung AC, Layang-Layang dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, DSP Ahmad Zamry Marinsah berkata lelaki berumur 44 tahun itu ditemui terbaring di tepi jalan pada pukul 8.30 pagi dan meninggal dunia sejurus dibawa ke Klinik Kesihatan Layang-Layang.

“Bedah siasat terhadap mangsa yang masih bujang itu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu mengesahkan punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat dipukul menggunakan objek keras dan tumpul,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pihak polis kemudiannya menahan dua individu yang dipercayai terlibat dengan kejadian itu di kampung tersebut dan di sebuah kampung berhampiran.


Pihak polis kini sedang mengesan tiga lagi individu bagi membantu siasatan, katanya.

Ahmad Zamry menafikan kes tersebut melibatkan pergaduhan antara kaum seperti yang disebarkan melalui media sosial tetapi melibatkan dua kumpulan yang berebut kawasan mengedar dadah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori