SUNGAI PETANI – Seorang pengurus ladang maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah lori pasir, di Jalan Sidam Kiri-Sungai Petani, dekat sini, kira-kira 12.40 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Mohd Zukir Mohd Isa berkata, mangsa dikenali sebagai R. Shanmugasundaram, 76, mati di tempat kejadian.
“Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa menghala ke Sungai Petani memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dari arah Sungai Petani menuju ke Sidam,” katanya kepada Bernama hari ini.
Pemandu lori terbabit pula hanya mengalami kecederaan, katanya.
Mohd Zukir berkata, siasatan lanjut berhubung kemalangan terbabit masih dijalankan dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=8XTcZk4lXh8