Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tindakan Sewajarnya Akan Diambil...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Raja Permaisuri Agong Berangkat...

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berangkat dari...

‘Long Ball Bodoh’, KJ...

SUSULAN kekalahan memalukan 0-6 pasukan Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018...

T.O.P Dalam ICU Selepas...

BARU sekejap tadi kami laporkan perkembangan ahli kumpulan Big Bang, T.O.P yang disingkirkan daripada...

Pengurusan Tabung Haji Profesional Di Tanah Suci

SEPANG – Pengurusan Tabung Haji (TH) begitu profesional ketika menjalankan tugas di tanah suci melalui model gerak kerja yang merangkumi ‘dari sebesar-besar perkara sehingga ke sekecil-kecil masalah’, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata bantuan yang diberikan TH sehingga ke tahap pengurusan jemaah yang uzur di mana setiap petugas diberi tanggungjawab untuk menjaga mereka.

1mdb

“Malah, ada jemaah memberitahu saya bahawa cara layanan yang diberikan sangat baik melebihi layanan daripada pasangan atau anak-anak mereka sendiri,” katanya kepada media selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini bersama 276 jemaah lain.

Beliau berkata pengiktirafan dan pujian harus diberikan kepada petugas TH yang telah menunjukkan semangat dan dedikasi tinggi ketika berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang musim haji tahun ini.

Komitmen luar biasa petugas TH seramai 580 orang untuk menguruskan 25,105 jemaah tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan termasuklah ketika berhadapan dengan dua musibah iaitu tragedi kren tumbang pada 11 Sept di Masjidil Haram dan insiden rempuhan di Mina pada 24 Sept, katanya.

lontar3


“Ibarat pahlawan yang tidak didendang, walaupun berhadapan dua musibah, petugas TH masih mampu mengendalikannya dengan baik,” katanya.

Asyraf berkata walaupun banyak pujian diterima pihak TH termasuk daripada kerajaan Arab Saudi dan negara Islam lain, namun maklum balas daripada jemaah masih diperlukan untuk menambah baik perkhidmatan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, katanya kerajaan Arab Saudi telah melihat Malaysia sebagai negara terawal mengambil langkah serius ketika tragedi kren tumbang berlaku.

“Ini kerana, kita satu-satunya negara yang menterinya hadir ke sana iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Kehadiran mereka dianggap sebagai serius oleh kerajaan negara itu dan kerana itu proses pengecaman dan pengurusan jenazah dapat dilakukan dengan cepat termasuk insiden rempuhan di Mina,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori