Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Melaka Bakal Ada Penerbangan...

MELAKA - Melaka bakal menerima penerbangan terus secara carter dari bandar Haikou di...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR - Pasaran getah ditutup kebanyakannya tinggi hari ini seiring dengan pasaran...

PM Nasihat Anggota Parlimen...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu semua...

Penganggur Didakwa Cederakan Penghantar...

GEORGE TOWN - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Peniaga MLM ‘Pancing’ Budak U.. Suruh Tipu Ibu Bapa

SUDAH bermacam-macam cerita yang kita dengar melibatkan perniagaan berkonsepkan multi-level marketing (MLM) di media sosial.

BACA: Tu Dia.. Leader MLM Terjerit-Jerit Pujuk Pelabur

Pelbagai pujuk rayu diberi pada orang ramai kononnya MLM ini mampu menjanjikan kereta mewah, tawaran melancong dan pulangan berpuluh-puluh ribu.

Tapi dalam banyak-banyak cerita MLM, cerita mengenai peniaga MLM cuba mendesak seorang penuntut universiti melabur ini paling tidak boleh kami terima.

Mana tidaknya, dek kerana kejarkan keuntungan si peniaga MLM sanggup menyuruh penuntut tersebut menipu ibu bapanya demi mendapatkan modal sebanyak RM3,000 bagi menyertai rangkaian perniagaannya.

unnamed (5)

Bukan itu sahaja, peniaga berkenaan turut mengajar penuntut berkenaan supaya menggunakan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) yang diterima dan menjual laptop yang merupakan satu keperluan wajib untuk pembelajaran.


Walaupun, penuntut berkenaan bertegas tidak mahu menyertai MLM, si peniaga tetap tidak mengalah dengan menjanjikan pulangan lima angka.

Mungkin penuntut itu pun sudah dapat melihat sikap peniaga yang kalau dah awal-awal mengajar untuk menipu, pengakhiran penjalanan perniagaan dah dapat dibayangkan bagaimana.

Oleh itu, buat penuntut-penuntut universiti di luar sana berhati-hatilah dalam menguruskan kewangan anda supaya tidak terjebak dengan elemen negatif seumpama ini.

Ingatlah, bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya selain berusaha bersungguh-sungguh. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=sIayu_0gVaM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori