Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Riuh Umpama Alih Perabot...

ALOR SETAR - PAS kekal dengan pendirian untuk terus mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional...

Lebih 3,000 Maut Akibat...

WASHINGTON - Jumlah korban akibat koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat (AS) melebihi 3,000...

Lady Gaga Dirakam Beli...

ALBUM terbaharu Lady Gaga bertajuk Joanne secara rasminya sudah berada di pasaran sejak beberapa...

5 Individu Dakwa Ditipu...

IPOH – Lima individu termasuk seorang wanita mendakwa ditipu setelah sebuah syarikat gagal...

Penternak Sokong Usul Mansul GST Makanan Ternakan

BERA – Penternak, petani dan peladang di sini menyokong usul Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi sumber ternakan seperti makanan, vaksin dan vitamin dimansuhkan.

Mereka menyifatkan usul itu, jika dipersetujui kelak adalah ‘langkah yang berpatutan dan amat melegakan’ kerana membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi golongan terbabit.

Pengerusi Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Bera Ahmad Wok berkata pemansuhan GST ke atas barangan berkenaan juga diyakini dapat menggalakkan lebih ramai individu berminat mengusahakan projek ternakan, bagi menjana pendapatan mereka.

“Cukai GST ke atas makanan ternakan sekarang membebankan penternak kerana harga makanan itu naik, dan secara tidak langsung mereka terpaksa menaikkan harga jualan ternakan bagi menampung perbelanjaan,” katanya di sini, hari ini.

Pada 2 Sept lalu, Ahmad Shabery berkata beliau akan membawa usul yang disuarakan menerusi memorandum penternak di Selangor agar GST sumber ternakan dimansuhkan ke Kabinet.


Beliau berkata usul itu mempunyai asas kerana cukai baharu yang dilaksanakan pada 1 April lalu tidak boleh dikenakan terhadap hasil jualan ternakan seperti ayam, kambing dan lembu kepada pengguna.

Sementara itu, seorang penternak ikan sangkar di sini, Shafie Lebai Man, 58, berkata pemansuhan GST makanan ternakan itu akan dapat membukti keprihatinan kerajaan dalam mendengar rintihan dan denyut nadi rakyat.

Beliau berkata kerajaan juga selama ini banyak memberikan pelbagai bantuan serta subsidi kepada petani, peladang dan penternak yang secara tidak langsung turut meringankan sedikit bebanan yang dialami.

Terdapat lebih 54 penternak ikan sungai; 23 penternak lembu dan kambing; 32 penternak ayam dan puyuh di Bera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori