Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

1MDB Kesal Dengan Kenyataan...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd. menyuarakan rasa kesalnya ke atas kenyataan Gabenor...

Tedung Selar Bawah Sofa

Kuala Pilah : Seorang lelaki tidak menyangka kelibat ekor ular yang dilihat di...

Fasiliti Kesihatan Awam Masih...

Kuala Lumpur : Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati penggunaan katil kes kritikal...

Derita Testikel Gergasi, 9...

DAN Maurer tidak dapat 'bersama' dengan isterinya selama sembilan tahun dan hanya dapat...

Penumpang Bot Karam Bayar RM700 Untuk Tiket Sehala

SABAK BERNAM – Penumpang yang berada di atas bot karam masing-masing membayar RM700 kepada sindiket untuk mendapatkan tiket sehala ke Indonesia bagi menyambut kedatangan Hari Raya Haji.

Bagaimanapun, cuaca buruk dan laut bergelora telah menyebabkan kapal karam dan ramai mati lemas serta ramai lagi penumpang masih hilang. Ada yang berjaya diselamatkan selepas beberapa jam di dalam air.

Tekong dan anak-anak kapal adalah antara mereka yang masih hilang.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3, Lumut, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata sejumlah kecil mereka yang terselamat menyatakan kekesalan menaiki kapal terbabit.

Beliau berkata mereka datang dari Surabaya, Medan dan Acheh dan kebanyakannya telah bekerja secara haram di ladang dan kedai-kedai makan di sini, sementara ada yang melakukan pelbagai jenis kerja untuk menampung kehidupan.

“Mereka masuk ke negara ini tidak lama dulu dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah untuk menyambut hari raya.

“Setiap daripada mereka membayar kira-kira RM700 kepada sindiket untuk tiket sehala,” kata Julinda di Balai Polis Hutan Melintang.

Menurut beliau, beberapa penumpang sedang tidur apabila laut tiba-tiba bergelora, dan mereka semua tercampak ke dalam laut apabila bot terbalik.

Mereka yang tidak lemas segera dihanyutkan air selama beberapa jam dan bergelut untuk terus bertahan, katanya.


Katanya, mereka bernasib baik kerana lima nelayan yang lalu ternampak lima mangsa sedang berada di dalam air dan menarik mereka keluar. Tidak lama kemudian, lebih ramai dapat diselamatkan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Tuan Soh Tuan Lah berkata, mangsa telah dibawa ke jeti Hutan Melintang kira-kira pukul 2.30 petang Khamis.

“Malangnya, di antara mereka ada yang sudah menjadi mayat,” katanya di jeti.

Mayat terakhir yang dijumpai adalah seorang lelaki dan telah dibawa ke jeti kira-kira pukul 9.15 malam.

Beberapa warga Indonesia turut berada di jeti itu, meminta maklumat mengenai kejadian itu daripada orang ramai.

Mereka juga cuba untuk mengetahui identiti mangsa yang terselamat dan terkorban.

Wakil-wakil dari Kedutaan Indonesia berada di balai polis untuk bertemu mereka yang terselamat. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori