MESKIPUN tujuan perakam video ini adalah baik untuk menunjukkan betapa romantiknya warga emas ini yang setia menunggu kepulangan isterinya di sebuah lapangan terbang namun lain pula ceritanya apabila ramai mengkritik perbuatan si perakam.
Kebanyakan netizen mengatakan mereka tidak bersetuju dengan perbuatan si perakam yang tidak meminta keizinan terlebih dahulu sebelum merekodkan video terbabit sebelum memuat naik di laman sosial.
Antaranya menulis, “ia satu perbuatan yang pelik dan sangat biadap berbuat demikian. ĆāĆĀ Saya pastinya akan marah sekiranya ada orang berbuat macam itu terhadap saya. ĆāĆĀ Walaupun perkara ini berlaku di kawasan awam, tetapi saya tidak suka seseorang merakam atau mengambil gambar dan kemudiannya muat naik di laman sosial untuk semua orang melihatnya.”
Dengan kecanggihan teknologi masa kini, perkara ini seakan-akan sudah menjadi norma di kalangan pengguna media sosial yang sering kali merakam atau menangkap gambar secara sembunyi-sembunyi kemudian menyebarkannya di laman maya.
Perkara ini sedikit sebanyak menyentuh privasi seseorang yang mungkin tidak bersetuju dirinya dirakamkan oleh seseorang individu yang tidak dikenalinya.
Tapi kalau kita melihat video ini dari sudut positif, ternyata kasih sayang di antara pasangan warga emas ini masih utuh dan kekal mesra serta romantik macam orang yang baru sahaja berkahwin kan!
So sweet! – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=AwPbeeSnIsQ