Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Datuk Seri Alias Ahmad...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk...

Pakatan Bantah Galakkan Mahasiswa...

KUALA LUMPUR - Pemuda Pakatan Harapan membantah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Sindiket Tipu Touch ‘n...

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan sindiket penipuan kad prabayar Touch 'n Go dengan...

Pegawai Kanan MAHB Bebas...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang direman sejak...

Perbuatan Peserta Bersih 4 Biadap Dan Hina – PAS

KUALA LUMPUR – Perbuatan penyokong DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memijak-mijak gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam perhimpunan haram Bersih 4 di ibu negara baru-baru ini sangat biadap.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, perbuatan itu tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam kerana menghina maruah tokoh ulama serta  merupakan satu tindakan yang melebarkan kebencian serta permusuhan.

“Insiden memijak gambar Presiden PAS dalam himpunan Bersih 4 adalah suatu yang sangat memalukan. Perbuatan itu adalah kotor dan sangat biadap serta kurang ajar.

“Ia adalah satu tragedi malang yang memapar standard akhlak dan moral pihak terbabit terlalu sangat rendah dan hina. Poster yang diedit sedemikian rupa dengan memaparkan Tuan Guru  Abdul Hadi. Memperlihatkan kepada dunia perangai KOTORnya yang amat memalukan,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Sehubungan itu, Nasrudin mendesak penganjur Bersih 4 memohon maaf secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan biadap tersebut.


Perhimpunan Bersih 4 yang dianjurkan oleh PKR, DAP dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk lesbian dan gay pada 29 dan 30 Ogos lalu gagal meraih sokongan ramai rakyat Malaysia.

Peserta perhimpunan itu turut bertindak biadap dengan memijak-mijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama (Islam) Sedunia dalam satu upacara semasa perhimpunan haram itu diadakan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=YxfMhZHvUhY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori