Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aida Wanita Pertama Pegawai...

HEBAT... Leftenan Maritim Aida Arzahari kelmarin mencatat sejarah sebagai wanita pertama negara dilantik...

Misi Jejak Hawari Ditangguh,...

PUTRAJAYA: Misi mencari dan menyelamat pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim...

100 Perenggan Kerjasama UMNO-PAS...

KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini...

Rogol Bekas Rakan Sekolah,...

PUTRAJAYA - Seorang pemuda berusia 23 tahun dijatuhi ukuman penjara lapan tahun dan...

Perhimpunan Agung UMNO 8-12 Dis – Najib

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Dis ini, kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini berikutan bulan November dipenuhi dengan persidangan antarabangsa yang mana Malaysia menjadi tuan rumah.

“Jadi kita akan buat pada bulan Disember selepas persidangan Parlimen selesai nanti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Najib berkata UMNO akan terus memberi fokus terhadap kerja parti untuk membela rakyat.

Beliau berkata UMNO sebagai parti yang menunjangi kerajaan, bukan hanya akan memberi fokus kepada usaha membangunkan negara tetapi menyelesaikan masalah rakyat.


“Apa yang dikatakan dekat di hati rakyat hendaklah kita memberi fokus yang secara berterusan termasuk penyediaan bajet yang akan datang.

“Ini saya harap kita dapat cadangan-cadangan yang baik daripada pelbagai pihak untuk dimuatkan dalam belanjawan negara,” katanya.

Bajet 2016 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori