Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gadis Potong Lidah Untuk...

SEORANG gadis berusia 19 tahun di India mengejutkan ramai apabila nekad membuat keputusan...

Fazley Yaacob Nafi ‘Sweet...

NAMA chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob boleh dikatakan cukup terkenal dan popular bukan...

Tiada Pertukaran Kerusi Parlimen...

GEORGE TOWN - Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengesahkan...

Loke Harap UMNO Menang...

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyuarakan harapannya agar seteru lamanya, Umno "menang besar"...

Himpunan ‘Baju Merah’ Di Padang Merbok Berakhir Aman

KUALA LUMPUR – “Himpunan Rakyat Bersatu” yang berlangsung meriah di Padang Merbok di sini tamat tanpa sebarang insiden buruk dan tidak diingini, lapor pelbagai media tempatan.

Peserta perhimpunan raksasa tersebut mula bersurai tertib secara beransur-ansur pada kira-kira pukul 5.30 petang Rabu apabila pihak penganjur selesai membacakan kesemua 14 resolusi.

Antara resolusi itu adalah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau undang-undang seumpama perlu diwujudkan semula, mempertahankan kestabilan negara dan Rukun Negara.

Resolusi perhimpunan tersebut turut menentang sebarang unsur perkauman serta politik berpihak dan menolak pembabitan warga asing dalam menguruskan hal ehwal negara ini.

Ribuan peserta yang dikenali dengan warna baju merah itu berkumpul di Padang Merbok untuk mendengar ucapan penuh bersemangat daripada beberapa pemimpin yang hadir.


Perhimpunan aman berkenaan adalah anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan beberapa badan kepentingan Melayu yang lain. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=88G7xdwgDzE&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=4SMj_eAj3n8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori