Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kisah Calon BN Dan...

Ramai yang tidak tahu, dalam kedinginan pagi Rabu, Mat Razi Mat Ail, bekas...

APMM Rampas 14,000 Liter...

KUALA TERENGGANU - Cubaan nelayan warga Vietnam menggunakan bot kargo tempatan untuk menyeludup...

The Hulk Pakistan Mahu...

ISLAMABAD - Seorang lelaki di Pakistan mendapat jolokan The Hulk versi Pakistan dalam...

Ketua Cawangan, Pemimpin NGO...

SEREMBAN – Sebanyak 10 ketua cawangan dan bekas ketua cawangan UMNO Bahagian Rembau...

Perhimpunan Melayu Asobiyyah Dan Durjana! – PKR

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa perhimpunan Kebangkitan Maruah Melayu atau Baju Merah yang bertujuan menghimpunkan ratusan ribu orang Melayu di ibu negara pada 16 September ini merupakan satu perhimpunan durjana.

Ketua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Pemuda PKR, Wan Ji Wan Hussin mendakwa kononnya berhimpun atas nama Melayu merupakan perkara yang dimurkai oleh Allah S.W.T kerana ia amalan asobiyyah yang pernah ditentang oleh Nabi Muhammad S.A.W.

“Sikap perkauman merupakan antara tindakan yang bukan sekadar tidak melahirkan kebaikan, malahan ia boleh memberi implikasi keburukan kepada rakyat dalam sesebuah negara.

“Bagi sesebuah kerajaan yang mentadbir rakyat pelbagai bangsa dan pelbagai agama, sewajarnya sebarang tindakan yang boleh melahirkan semangat perkauman diberhentikan. Lebih bahaya lagi jika amalan durjana ini disulami dengan hujah Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Baca: Himpunan Rakyat Bersatu Kena Tukar Lokasi – KPN

Perhimpunan Kebangkitan Maruah Melayu diadakan susulan kira-kira 20,000 orang ramai yang didominasi kaum Cina mengadakan perhimpunan haram Bersih 4.0 semasa sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ini bagi mendesak supaya kerajaan Malaysia diserahkan kepada DAP dan PKR.

Peserta perhimpunan Bersih 4.0 turut mengadakan upacara memijak-mijak gambar Presiden dan Ulama PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Justeru, Wan Ji menegaskan Pemuda PKR menentang keras penganjuran Kebangkitan Maruah Melayu dan meminta orang Melayu jangan menyertai perhimpunan besar-besaran Melayu tersebut.

Beliau dalam pada itu berkata, perhimpunan Kebangkitan Maruah Melayu juga tidak sepatutnya dilakukan di Plaza Low Yat di sini kerana pernah berlaku insiden berbaur perkauman di situ.

Sekumpulan Melayu sebelum ini bertindak mengadakan bantahan ke atas peniaga-peniaga kaum Cina di pasar raya itu kerana memukul beberapa pelanggan Melayu yang didakwa mencuri sehingga mencetuskan pergaduhan. – Mynewshub.cc

https://youtu.be/Lp78RsugEiM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori