Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Grab Didenda Lebih RM86...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mencadang Grab didenda RM86,772,943.76 kerana amalan...

Masih Ada 87,000 Tiket...

KUALA LUMPUR - Masih terdapat kira-kira 87,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu...

Kehidupan Keluarga Termasuk Isteri...

KUALA LUMPUR - Pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri...

Polis Didakwa Pecahkan Bekal...

SEORANG pemilik akaun Facebook mendapat perhatian ramai selepas berkongsi kisah sedih yang berlaku...

Perompak Parah Dibelasah Penggusti MMA Wanita

SATU cubaan merompak di Brazil bertukar menjadi insiden yang melucukan apabila seorang anggota kumpulan perompak itu telah dibelasah oleh wanita yang juga seorang penggusti MMA!

Menurut sebuah laporan dalam MMAFighting.com, wanita tempatan yang cuba dirompak itu ialah Monique Bastos yang merupakan pengamal seni mempertahankan diri.

Bastos dilaporkan secara kebetulan sedang dalam perjalanan ke latihan jiu-jiutsu bersama dua rakan lain semasa insiden tersebut berlaku.

“Saya sedang berjalan ke kelas jiu-jitsu saya apabila perompak yang bermotosikal itu tiba-tiba muncul dan berkeras mahukan telefon bimbit kami,” jelas Bastos kepada laman web tersebut.

vlcsnap-2015-09-04-13h18m07s208

vlcsnap-2015-09-04-13h18m30s169

“Saya perasan bahawa mereka tidak membawa sebarang senjata. Apabila mereka cuba untuk meloloskan diri, saya terus angkat tayar belakang motosikal mereka, lantas mengakibatkan mereka terjatuh ke atas jalan raya.

“Perompak yang berjaya mengambil telefon bimbit saya itu sempat melarikan diri, tapi saya berjaya ‘menangkap’ rakannya,” terang Bastos.


Penggusti MMA itu seterusnya mencekik perompak tersebut sebelum mengheretnya ke tepi jalan, di mana lelaki itu telah dibelit dengan kuat sementara menunggu kedatangan pihak polis.

Pencuri tersebut, Wesley Sousa de Araujo terpekik ‘terlolong’ sewaktu bahu dan tengkuknya dibelit kaki Bastos, sebelum diberkas polis 15 minit kemudian.

Dengan bangganya, Bastos mengakui bahawa itu bukanlah kali pertama beliau berjaya mematahkan cubaan merompak.

“Saya telah melaluinya beberapa kali sebelum ini, dan ini kali kedua saya melawan balik serangan oleh penjahat,” katanya.

“Dalam insiden lalu, dua lelaki berpisau cuba untuk merompak saya, tetapi saya berjaya mendapatkan kembali telefon bimbit saya dengan membuka langkah jiu-jitsu.

Ia sesuatu yang berisiko tinggi, tapi saya nekad untuk lakukannya demi menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan saya, jadi saya praktikkan apa yang dipelajari,” kata Bastos mengakhiri perbualan. – MYNEWSHUB.CC

http://www.youtube.com/watch?v=RzqVDxDAiPU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori