Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

HOC: Kerajaan Seperti Jurujual...

PETALING JAYA - Seorang wakil rakyat PKR kecewa melihat kerajaan seperti menjadi jurujual...

TLDM Gerak 2 Kapal...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menggerakkan dua buah kapalnya...

Hanya 4 Daripada 12,933...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan hanya...

‘Cuba Ingat Anak Cucu’...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, menyokong tindakan Suruhanjaya...

Pertandingan Foto Dapat Sambutan Hangat

PUTRAJAYA – Pertandingan Foto Hari Kebangsaan 2015 hasil inisiatif Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan di laman sosial Facebook peribadi beliau mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan hampir 100 foto.

Empat individu dinobatkan pemenang utama terdiri daripada dua pelajar dan dua guru yang menerima hadiah tablet Samsung Galaxy Tab 4, Apple iPod dan telefon pintar jenama Lenovo, sumbangan peribadi Kamalanathan.

Berucap pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di pejabat beliau hari ini, Kamalanathan berkata beliau menganjurkan pertandingan berkenaan dengan objektif menyemarakkan semangat patriotisme.

“Ini adalah inisiatif peribadi saya sendiri bagi menggalakkan semangat patriotisme melalui aktiviti yang berfaedah,” katanya.

Pemenang pertama merupakan pelajar, Ahmad Aqil Mohamed Ali dengan foto Jalur Gemilang yang dikibarkan di Tembok Besar China memenangi tablet Samsung Galaxy Tab 4.

11040949_1032664076777965_2396324863391587411_n


Beliau bagaimanapun tidak dapat hadir pada majlis itu kerana perlu bersiap untuk berlepas ke luar negara bagi menyambung pengajian.‎

Tempat kedua dimenangi guru, Noorjahan Sultan, 44, dari Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, Pahang yang menerima telefon pintar jenama Lenovo.

Seorang lagi guru, Muhamad Azizul Rahim Musa, 35, dari Sekolah Kebangsaan Rapat Setia, Ipoh membawa pulang Apple iPod sebagai hadiah tempat ketiga.

Pemenang keempat pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Bandaraya, A. Muthu Barathim, 17, juga menerima Apple iPod. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori