Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Fikirlah: Siap Siaga Untuk...

KUALA LUMPUR - Tanggal 23 Februari lepas, ramai penjawat awam menarik nafas lega....

Bekalan Ayam Dijangka Kurang...

SHAH ALAM: Bekalan ayam dijangka berdepan kekurangan bekalan dan harga yang melambung menjelang...

732,911 Individu Lengkap 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 732,911 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi...

Aliran Trafik Sekitar Ibu...

PETALING JAYA – Aliran trafik di sekitar kawasan ibu kota mulai sesak terutamanya...

Pertemuan Wisma Putra-Dr Huang Sedang Berlangsung

PUTRAJAYA – Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang sedang mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin yang memangku tugas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di sini.

Pertemuan itu diadakan kerana kerajaan Malaysia memohon penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat semasa lawatan beliau ke Petaling Street pada Jumaat lalu.

Seorang pegawai berkata mesyuarat tersebut diadakan di pejabat Hamzah di sini.

Dr Huang tiba di pejabat Hamzah kira-kira pukul 11.40 pagi Isnin.


“Kami mahu mendengar daripada beliau dan berharap mesyuarat itu akan menjelaskan isu tersebut,” kata seorang pegawai.

Dr Huang dipetik sebagai berkata bahawa China menentang terhadap mereka yang menggunakan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam, yang jelas merujuk kepada ancaman oleh kumpulan tertentu untuk mengadakan demonstrasi di Petaling Street.

“Kerajaan China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap kaum dan sebarang bentuk ekstremisme,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ke Petaling Street. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori