JIKA waktu perhimpunan haram Bersih 4.0 selama dua hari menjelang Hari Kebangsaan akhir bulan lalu, amat susah benar lihat posting media sosial para peserta himpunan jalanan tanpa permit itu beribadah di rumah Allah.
Apa yang kita lihat ialah sekumpulan kecil peserta Islam bersolat jemaah di tengah jalan raya atau kawasan lapang sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas walaupun ada banyak masjid dan surau berdekatan tempat tersebut.
Tindakan itu turut dikritik ramai netizen kerana seolah-olah mahu menunjukkan kepada pihak luar konon mereka sebagai warak sanggup solat di bawah panas terik matahari, padahal ada banyak kemudahan beribadah di sekitar.
Mungkin sebab itulah perhimpunan anjuran badan tertentu yang pro-pembangkang itu amat digemari golongan LGBT yang dilaknat Allah tetapi gagal dapat sambutan, malah jumlah peserta pada hari terakhirnya jauh merosot.
Baca: “Jerebu Hilang Malam Ini Kerana Himpunan Dapat Berkat…â€Â
Berbeza dengan “Himpunan Rakyat Bersatu” yang sinonim dengan gelaran Himpunan ‘Baju Merah’, para peserta khabarnya memenuhi semua masjid dan surau berdekatan untuk bersama-sama menunaikan solat fardhu secara berjemaah.
Kehadiran ribuan peserta tersebut yang majoritinya beragama Islam menyaksikan suasana rumah Allah diwarnai aura merah penuh bersemangat, sesuatu amat nadir dapat dilihat pada waktu biasa waima ketika Bersih dahulu.
Selain Masjid Negara yang baharu sahaja genap menyambut usia 50 tahun baru-baru ini, peserta ‘Baju Merah’ turut mengimarahkan Masjid Jamek, Masjid India dan Masjid Wilayah Persekutuan, selain beberapa surau di kawasan berhampiran.
Untuk rekod, warna merah ialah simbol rasmi pada bendera pemerintahan empayar Majapahit, kerajaan Melayu terawal gugusan Nusantara dan menjadi warna citra jati diri bangsa Melayu berdaulat sejak lebih 1,000 tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=88G7xdwgDzE&feature=youtu.be
https://www.youtube.com/watch?v=4SMj_eAj3n8