Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

GST Tidak Naikkan Kos...

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pulau Pinang percaya sistem cukai...

Ratusan Paus Mati Di...

WELLINGTON - Lebih 400 ekor ikan paus terdampar di pantai, dengan ratusan daripadanya...

Bersatu Bersama UMNO Bentuk...

IPOH - Bersatu Perak akan terus bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan gabungan...

GINTELL DeSpace Royale Blue,...

HOW would you like to rest, relax and recuperate in luxury, while experiencing...

Peserta Bersih 4.0 Berlucah Guna Anak Untuk Kutuk Kerajaan

BERSIH 4.0 yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu diketahui adalah satu perhimpunan haram yang dianjurkan untuk menentang kerajaan.

Sebagaimana biasa berlaku apabila berlangsung sesuatu perhimpunan berkaitan politik, pasti ada segelintir manusia yang terlalu taksub hingga melakukan tindakan melampaui batas dan tidak bermoral.

Sebab itulah, kanak-kanak sebenarnya tidak sesuai dibawa ke tempat-tempat seperti ini kerana mereka mungkin menyaksikan perangai orang dewasa yang tidak betul untuk dijadikan contoh.

Ketika perhimpunan haram juga, pasti terdapat orang dewasa yang mencarut sesuka hati baik melalui percakapan mahupun tulisan pada sepanduk dibawa.

Dalam gambar di bawah, dapat dilihat bagaimana seorang bapa bukan sahaja menulis perkataan yang tidak elok malah meminta pula anaknya memegang sepanduk berbunyi “My mom and dad don’t need ex coz my government fucked my mom & dad everyday!!!”

bersih


Mungkin si bapa berasakan ayat tersebut sangat indah dan dia nampak bijak kerana menulis begitu tetapi apa yang jelas tertera sebenarnya adalah sikap yang mencerminkan perjuangan itu sendiri.

Jika kesan moral pada generasi muda diletak ke tepi oleh puak-puak ini maka fikirkanlah sama ada ini perjuangan yang betul dari sudut bangsa dan agama anda untuk disertai. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=x5tO9tEKFA8

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori