SUASANA sekitar ibu kota sudah semakin diwarnai dengan warna Merah apabila semakin ramai tiba untuk menyertai “Himpunan Rakyat Bersatu” yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Datuk Jamal Md. Yunos.
Mereka berkumpul di sekitar PWTC, Masjid Negara, Masjid Wilayah dan Kompleks Kraf Jalan Conlay yang kemudiannya berarak menuju ke tempat berhimpun di Padang Merbok.
Himpunan ‘Baju Merah’ ini turut mendapat perhatian peserta-peserta yang datang dari seluruh negara, antaranya Johor, Kedah dan Terengganu.
Sementara itu, peniaga di Jalan Petaling mengambil inisiatif menutup perniagaan mereka bersempena Himpunan ‘Baju Merah’ ini bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Hasil pemerhatian Mynewshub mendapati Petaling Street yang sebelum ini tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai, hari ini lenggang dan sunyi sepi.
Setakat ini, perhimpunan itu dilaporkan berjalan dalam suasana aman dan lancar.
Pihak polis telah ditempatkan di bebarapa lokasi bagi mengawal perjalanan majlis seperti mana yang telah direncana oleh pihak penganjur. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=dEpqgzyaLnQ&feature=youtu.be
https://www.youtube.com/watch?v=4SMj_eAj3n8