Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Kesan Jerebu...

SERDANG - Kerajaan akan mengkaji kesan jerebu terhadap industri pertanian negara terutamanya tanaman,...

Sindiket Penipuan Dikesan Guna...

Port Dickson : Polis mengesan sindiket penipuan menggunakan talian 'hotline' Ibu Pejabat Polis...

‘Tolonglah! Saya Merayu, Saya...

SEPANG - "Tolonglah, saya merayu dilepaskan dengan jaminan, saya ada anak nak sekolah".IKUTI...

Chong Wei Perlu Diberi...

KUALA LUMPUR - Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei perlu...

Kanak-Kanak Meninggal Dunia, Petugas Hospital Dimalukan

MACAM-MACAM hal. Doktor dan jururawat di Hospital Taikang di China telah diserang dan dimalukan oleh sebuah keluarga selepas anak mereka yang berusia kira-kira tiga tahun, Yaoyao meninggal dunia setelah mendapatkan rawatan di situ.

Keluarganya menuduh kanak-kanak berkenaan maut akibat diberikan ubat yang salah. Ia juga menyebabkan mereka mengamuk lalu memarahi jururawat dan doktor yang bertugas.

Bagi memalukan petugas perubatan itu, keluarga terbabit telah memaksa doktor dan jururawat tersebut memangku anak mereka yang telah meninggal dunia di luar hospital dan di khalayak ramai.

Ketika itu mereka turut menjerit dan memukul kepada petugas hospital tersebut hingga menyebabkan ada antaranya yang menangis kerana sakit dan malu.


Insiden itu kini dalam siasatan. Hospital Taikang pula pada masa sama bersedia memberikan kerjasama dan menafikan bahawa ia telah memberikan rawatan yang salah kepada budak terbabit. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori