KUALA LUMPUR – Parti DAP cuba mengelak daripada dipertanggungjawabkan ke atas upacara memijak-mijak gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam perhimpunan haram Bersih 4 di ibu negara baru- baru ini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, DAP tidak tahu menahu mengenai kejadian tersebut dan mendakwa ia bukan dianjurkan oleh parti berkenaan.
“DAP menyesali perbuatan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS tersebut. Ini bukan politik yang kami mahukan.
“Ini bukan kali pertama DAP dipersalahkan ke atas perkara yang tiada kaitan dengan parti kami,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Perhimpunan Bersih 4 yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk lesbian dan gay pada 29 dan 30 Ogos lalu gagal meraih sokongan ramai rakyat Malaysia.
Peserta perhimpunan itu turut bertindak biadap dengan memijak-mijak gambar Najib dan Presiden PAS yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama (Islam) Sedunia dalam satu upacara semasa perhimpunan haram itu berlangsung.
Mengulas tentang penyertaan kaum Melayu dalam perhimpunan Bersih 4, Kit Siang berkata, ribuan yang hadir pada perhimpunan itu BUKAN datang sebagai UMAT ISLAM, Buddha, Kristian, Hindu, Sikhs ataupun Taoist tetapi sebagai rakyat Malaysia.
“Ini adalah semangat Bersih 4,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC
Peserta Bersih Pijak Gambar PM Dan Haji Hadi II oleh mynewshub