Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Victoria Beckham Berkenan ‘Calon...

SEBELUM ini memang terdengar ura-ura mengatakan pelakon, Chloe Grace Moretz menjalinkan hubungan cinta...

“Saya Pesakit Covid-19, Bukan...

KUALA LUMPUR - "Sepanjang saya berada di wad, perkara paling menyedihkan apabila anak...

Pelajar Cantik Dinobatkan Miliki...

MUKA lawa tapi malangnya pengotor Inilah Brittani Cooper, pelajar berusia 19 tahun yang...

Undang-Undang Fasa Kedua PKP...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mewartakan undang-undang Perintah Pencegahan dan...

Pijak Gambar Hadi: PAS Lapor Polis Jika Tidak Minta Maaf

PEMUDA PAS menggesa pihak penganjur Bersih 4.0 segera tampil memohon maaf atas tindakan biadap beberapa peserta perhimpunan itu berhubung insiden memijak gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

peserta-cina-kurang-ajar

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pihak dari Bersih 4.0 perlu tampil melakukan permohonan maaf, jika tidak, laporan polis akan dibuat di seluruh negara agar insiden menghina pemimpin mereka disiasat.

‎”Jika tiada permohonan maaf, dikhuatiri penganjur dilihat merestui dan bersetuju dengan perbuatan tersebut.

‎”…dalam masa yang sama ahli-ahli Pemuda PAS dinasihati agar tidak bertindak balas di atas provokasi ini dan menyerahkan selanjutnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut meluahkan rasa kesalnya dan menyifatkan insiden itu tidak sepatutnya berlaku.


Gambar peserta Bersih 4.0 memijak gambar Abdul Hadi ‘berpelukan’  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hasil daripada teknik ‘superimpose‘ semasa perhimpunan itu mula menjadi viral sejak Sabtu lalu.

BACA: Peserta Bersih 4.0 Biadap Pijak Gambar Hadi Dan Najib

Berikutan penyebaran gambar tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan insiden tersebut masih di dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Sinar Harian

https://www.youtube.com/watch?v=Wa3jI7RMn-Q

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori