Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tiada Data Pengguna MySejahtera...

PUTRAJAYA - Pasukan MySejahtera di Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan tiada data pengguna...

Empat Individu Disyaki Cuba...

Ampang Jaya : Polis menahan empat individu termasuk dua wanita yang bertindak melarikan...

Hina Mufti: PM Buat...

BIADAB... Ketika umat Islam beberapa hari lalu sibuk ibadah raih keberkatan lailatul qadar,...

Mahathir, Anwar ‘Berjabat Mesra’...

SESUATU yang jarang-jarang berlaku apabila dua pemimpin politik yang suatu ketika dahulu tidak sehaluan,...

Pijak Gambar Hadi: PAS Selangor Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR – PAS membuat laporan polis ke atas penganjur perhimpunan haram Bersih 4 kerana mengadakan upacara memijak-mijak gambar Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mynewshub difahamkan, laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam, Selangor itu dibuat oleh PAS Selangor petang ini.

Selain PAS Selangor, PAS Wilayah Persekutuan turut membuat laporan polis berikutan insiden sama di Balai Polis Dang Wangi di sini semalam.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan. Mohamad Noor Mohamad berkata, penghinaan yang dilakukan oleh peserta Bersih 4 ke atas pemimpin PAS itu tidak boleh dibiarkan.

“Tindakan biadap tersebut dilakukan terhadap insan yang dihormati.

“Semoga pihak piolis mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan tindakan provokatif dan berniat jahat ini dapat dirungkai demi kesejahteraan dan ketenteraman awam,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.


Mohamad Noor turut mencabar penganjur Bersih 4 supaya memohon maaf di atas perbuatan mereka mengadakan upacara memijak-mijak gambar Abdul Hadi.

Perhimpunan Bersih 4 yang dianjurkan oleh PKR, DAP dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk lesbian dan gay pada 29 dan 30 Ogos lalu gagal meraih sokongan ramai rakyat Malaysia.

Peserta perhimpunan itu turut bertindak biadap dengan memijak-mijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama (Islam) Sedunia dalam satu upacara semasa perhimpunan haram itu diadakan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=YxfMhZHvUhY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori