Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

GAMBAR: Ular Ditemui ‘Tersorok’...

AWAS! Adik-adik, sila berhati-hati dengan melihat dan memeriksa bawah meja sebelum memulakan sesi pembelajaran di...

Terima Kenyataan Pencarian MH370...

KUALA LUMPUR - Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak setahun...

‘Januhairy’ Trend Bela, Warnakan...

SELEPAS cabaran tidak bercukur bulu ketiak pada November lalu, wanita seluruh dunia kini...

Kastam Gembleng 3 Teknologi...

HULU TERENGGANU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu akan menggembleng tiga teknologi...

Pijak Gambar Najib, Hadi: Pemuda Pekan Beri Amaran Keras

PERBUATAN biadap peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuatkan Pemuda UMNO Bahagian Pekan mendesak penganjur perhimpunan Bersih 4.0 memohon maaf atas perbuatan melampau tersebut.

Shahruddin Ahmad berkata, perbuatan memijak gambar Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO adalah melampau, biadap dan provokatif.

“Jika tiada pihak dari entiti Bersih 4.0 tampil berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, bermakna kalian merestui dan bersubahat dengan perbuatan tersebut,” katanya dalam kenyataan media yang dilaporkan portal Free Malaysia Today.

Sharuddin menambah, pihak penganjur juga perlu menyedari perbuatan yang tidak hormat sedemikian bakal mengheret persepsi dan memburukkan imej serta nama ‘bersih’ yang didukungi.

“Kami berlepas tangan, seandainya kemarahan yang sedang membakar kini kian marak dan membakar kamu jika enggan menyelesaikan keterlanjuran tersebut secara harmoni,” tegasnya.


Apa yang dikatakan mengenai perhimpunan haram Bersih 4.0 yang berlangsung selama 36 jam semalam bukan sahaja gagal malah dilihat ianya dijadikan medan untuk menghina pemimpin Melayu dan Islam atas atas nama kebebasan bersuara. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq


Gambar Najib Dan Hadi Dipijak Peserta BERSIH 4.0 oleh mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori