Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Tak Mahu Rosak Hubungan,...

SEBAGAI rakan baik, pastinya dia akan sentiasa bersama dengan kita tidak kira dalam...

Inspektor Hadapi Empat Tuduhan...

Kota Bharu : Pegawai polis berpangkat Inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini,...

828 Saman Dalam Operasi...

BUTTERWORTH - Sebanyak 828 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi sempena Hari...

5 Individu Direman 6...

SHAH ALAM - Lima individu termasuk seorang berpangkat Datuk direman enam hari bermula...

PKR Hentam Sikap Kolot Pemimpin PAS, Tapi Puji PAN!

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berfikiran lebih terbuka terhadap bekas rakan-rakan mereka dalam parti pembangkang yang lain.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, PAS perlu konsisten dalam nilai-nilai Islam yang sering dilaungkan parti itu dengan berpegang kepada konsep pengampunan dan kebajikan.

“Penyokong pembangkang tidak selesa dengan perpecahan dalaman PAS. Ia seolah-olah pemisahan segmen tertentu dalam PAS yang tidak dapat dielakkan.

“Sambil menghormati hak PAS untuk mempertahankan maruah parti, ia sama penting bagi pemimpin PAS berfikiran terbuka dan murah hati,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tian Chua dalam pada itu mengalu-alukan pembentukan parti Islam baharu, Parti Amanah Negara (PAN) yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang disingkirkan daripada parti itu pada pemilihan PAS, Jun lalu.

Beliau turut memuji kenyataan pemimpin PAN seperti bekas Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berhubung isu dalaman membabitkan PAS dan PAN.


“Dalam demokrasi, kepelbagaian ideologi tidak wajar melemahkan kekuatan politik kita (pembangkang) tetapi sebaliknya ia meluaskan asas sokongan,” dakwanya.

Sementara itu, tokoh terkenal DAP, Tony Pua merayu kepada pucuk pimpinan DAP supaya menangguhkan pendirian ‘memusuhi’ parti-parti pembangkang yang lain terutama PAS.

“Kami benar-benar memahami keraguan DAP terhadap PAS sebagai rakan gabungan. PKR berharap DAP dapat hargai usaha dan strategi kami dalam menangani kerumitan pakatan pembangkang ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=w1UNMwfOUs4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori