Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

SHAH ALAM : Lebih sejuta penduduk di sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala...

Cendekiawan Perlu Kenal Pasti...

KUALA LUMPUR – Kalangan cendekiawan dan penyelidik perlu mengenal pasti kaedah untuk mengantarabangsakan...

Kedah Catat 14 Kes...

SUNGAI PETANI - Kedah kini mencatatkan 14 kes masalah kesihatan membabitkan cuaca panas...

Fazura Tak Rasa Dirinya...

TAK tahulah nak percaya atau tidak tapi inilah kenyataan yang dibuat oleh pelakon...

PLKN 2.0 Beri Peluang Kedua Pelatih Belajar Kemahiran

BATU PAHAT – Program Latihan Khidmat Negara 2.0 (PLKN 2.0) yang bermula Januari tahun depan bakal menyaksikan pelatih yang tidak dapat melanjutkan pelajaran di universiti mempelajari kemahiran yang berguna untuk alam pekerjaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Kementerian Pertahanan ketika ini sedang giat menjalankan transformasi PLKN dengan dibantu oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan Kementerian Belai dan Sukan.

“Penekanan itu adalah untuk memberi peluang kedua kepada pelatih-pelatih PLKN dari segi kemahiran.

“Beberapa bulan kebelakangan ini, kita dah buat transformasi kepada dimensi latihan juga untuk mendapatkan syarikat memberikan pekerjaan, merupakan pendekatan baru PLKN 2.0,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama Kepimpinan Negara sempena Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu di Universiti Tun Hussein Onn, di sini Khamis.

Hishammuddin berkata lapan minggu latihan dan seterusnya latihan di institut kemahiran yang mungkin mengambil masa minimum tiga bulan sehingga maksimum 24 bulan.

“Ini merupakan transformasi sepenuhnya. Bagi pusat-pusat kemahiran ini kita akan gunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan bakal melibatkan kementerian-kementerian lain, terpulang kepada kursus apa yang dipilih oleh pelatih,” kata beliau.


Hishammudin berkata pengambilan secara sukarela akan dilaksanakan secara berperingkat dengan pelaksanaan sepenuhnya pada 2019.

“Harapan saya supaya ramai dapat membantu kerana golongan pelatih ini kalau kita tak beri peluang, mereka akan berada dalam golongan terpinggir yang tiada pekerjaan dan tiada kemahiran dan tiada masa depan,” kata beliau.

Selain itu, maklum balas daripada mereka yang berkepentingan dan bekas pelatih dan jurulatih PLKN juga diharapkan dapat membantu transformasi berkenaan.

“PLKN merupakan satu cara untuk memastikan anak-anak kita turut terbela dan ini yang sedang kita lakukan melalui PLKN,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori