Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Netizen Tertipu, Sheeda ‘Serang’...

KECOH seketika laman sosial gara-gara satu video yang membabitkan dua penyanyi dangdut iaitu...

Sultan Selangor Berkenan Ziarah...

KOTA BAHARU - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menziarahi Menteri Besar...

Harga Runcit Petrol RON97,...

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen kepada paras RM4.84...

Arul Tak Sabar Mahu...

KUALA LUMPUR - Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang dituduh...

PM Ucap Takziah Tragedi Rempuhan Di Mina

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden rempuhan di Mina, Arab Saudi hari ini.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Sedih terima berita tragedi di Mina. Takziah kepada keluarga mangsa. InsyaAllah mereka dimasukkan di kalangan syuhada,” catat Najib dalam laman Twitternya malam ini.

Perdana menteri turut meminta jemaah haji Malaysia agar mengikut arahan dan peraturan yang telah ditentukan oleh Tabung Haji agar urusan haji berjalan dengan sempurna dan selamat.

Tabung Haji akan mengambil tindakan segera mengesahkan status jemaah haji Malaysia dan melaporkan kepada beliau, katanya.

“Setakat ini tiada laporan kematian membabitkan jemaah haji Malaysia,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam laman Twitternya turut melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi itu.

“Saya merasa dukacita kejadian di Mina. Saudi telah lakukan terbaik. Semoga roh hujaj (jemaah haji) terlibat ditempatkan sebagai para solihin dan syuhada,” katanya.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu (waktu tempatan), lebih 700 jemaah haji dilaporkan terkorban manakala beratus lagi cedera dalam kejadian rempuhan di kawasan perkhemahan jemaah dari negara-negara Arab.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam sidang media berhubung perkara itu mengesahkan tiada jemaah Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah hari ini.– BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mina

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori