Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Gombak dan Hulu Selangor dijadual mengalami gangguan...

Warga Emas Maut Kereta...

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam...

Warga Tempatan Dalang Sindiket...

KUCHING - Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak sudah mengenal pasti beberapa...

Penduduk Raikan Maal Hijrah...

BALING -  Penduduk Mukim Pulai di sini tampil berbeza dalam meraikan sambutan Hari...

Polis Jumpai Dadah, Senapang Angin Di Rumah Suspek Kes Ugut

BESUT – Polis yang bertindak menahan seorang suspek kes ugut berusia 22 tahun selepas menerima laporan, membawa kepada penemuan 167 biji pil dipercayai pil kuda, selaras senapang angin dan sebuah motosikal curi di rumah suspek.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata polis juga menemukan 113 biji bebola besi yang dipercayai digunakan sebagai peluru senapang angin dan sebilah pedang berhulu.

Beliau berkata motosikal itu yang nombor enjinnya telah dirosakkan dipercayai dicuri di kampung yang sama manakala pil berkenaan ditemukan dalam beg pinggang dan dompek suspek.

Polis menahan suspek di rumahnya di Kampung Baru Tok Dor, Jerteh di sini pada kira-kira 5.30 petang Sabtu lepas setelah menerima laporan pada kira kira 1.45 pagi daripada seorang remaja lelaki, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya seorang remaja lelaki berumur 18 tahun telah pergi menemui suspek bersama seorang rakannya untuk menanyakan tentang tindakan suspek yang didakwa menceroboh rumahnya dan memukul adiknya tanpa sebab sebelum itu.


“Dalam pertemuan kira-kira jam 1.45 pagi Sabtu itu suspek telah bertindak agresif sambil menunjukkan sebilah pedang dan melepaskan tembakan senapang angin ke udara bagi menakut-nakutkan remaja dan rakannya itu.

“Tindakan suspek itu menyebabkan remaja berkenaan telah membawa adiknya untuk membuat laporan polis,” katanya.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori