Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Wanita Mati Dikelar, Polis...

Georgetown : Wanita ditemukan mati dengan kesan kelar di dada, leher, perut dan...

Manfaat Bersyukur Kepada Allah

ALHAMDULILLAH adalah ungkapan ringkas sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan.

India Pecah Rekod Dunia...

NEW DELHI - Sekumpulan enam perenang di India berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila...

Mohon Saman Fitnah Diputuskan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri memohon...

Guru, Jururawat & Polis Diberi Keutamaan Diami Kuarters Putrajaya

PUTRAJAYA – Guru, jururawat dan anggota polis akan diberi keutamaan dalam permohonan menduduki perumahan penjawat awam di Putrajaya, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata perkara itu telah diajukan kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut.

“Bilangan kuarters adalah terhad tetapi jumlah permohonan sentiasa bertambah di mana sehingga kini terdapat kira-kira 17,000 pemohon berada dalam senarai menunggu.

“Sebagai menangani masalah itu, saya telah berbincang dan meminta BPH memberi keutamaan kepada guru, jururawat dan anggota polis dalam memberi kelulusan untuk mendiami kuaters kerajaan di Putrajaya,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa majlis penyampaian hadiah pertandingan menghias sekolah dan kelas bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1) di sini Selasa.

Pada majlis itu, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) dinobatkan sebagai sekolah terbaik keseluruhan pertandingan, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000 piala dan sijil. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori