Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

BN Ledang Ada Strategi...

MUAR - "Kita ada strategi yang dia tidak tahu," demikian respons penyandang Parlimen...

Semua Ahli Parlimen Wajib...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata, semua...

Shaheizy Sam, Syatilla Dirai...

SELEPAS diijabkabulkan 8 Februari lalu, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sekali lagi...

Mahfuz Omar Biadap, Kaitkan...

KUALA LUMPUR - Pembangkang bersikap melampau apabila cuba mengaitkan desakan ke atas Menteri...

Polis Nafi Gambar Tersebar Di Media Sosial Suspek Kes Rompak

BUTTERWORTH – Polis hari ini menafikan menahan seorang lelaki yang didakwa suspek kes rompak kedai emas di Medan Kurau 1, Chai Leng Park di sini semalam seperti yang tersebar di media sosial.

Ketua Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad berkata gambar lelaki yang disebar menerusi Facebook dan WhatsApp itu dipercayai tiada kaitan dengan kes berkenaan.

Ketua Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad
Ketua Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad

“Setakat ini belum ada tangkapan dan polis masih menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman CCTV yang terdapat di kedai dan lokasi kejadian.

“Penyebaran gambar itu tidak betul dan polis akan siasat macam mana ia boleh tersebar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.34 pagi itu, empat lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan dua pistol melarikan 10 dulang barang kemas bernilai lebih RM600,000 dari sebuah kedai emas di Medan Kurau 1, Chai Leng Park di sini.

Zakaria berkata berdasarkan siasatan, polis percaya rompakan itu dirancang dengan rapi dan mendapati lima lelaki terlibat termasuk pemandu kereta yang menunggu empat rakannya di belakang sebuah rumah di Lorong Kurau 25.


Beliau berkata empat lelaki yang merompak kedai emas itu meninggalkan dua motosikal yang digunakan mereka di belakang rumah berkenaan iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi rompakan sebelum melarikan diri dengan kereta jenis Myvi warna perak.

“Berdasarkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan perumahan itu, mereka meninggalkan motosikal di situ sebelum menaiki kereta,” katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati dua motosikal yang ditemui lewat petang semalam itu dicuri di Sentul dan Selayang, Selangor baru-baru ini.

Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes rompakan itu, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori