Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Gomez Yakin JDT Bangkit...

KUALA LUMPUR - Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez meletak kepercayaan ke...

Agong, Permaisuri Ucap Selamat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Pindaan Akta 355 Tak...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

3 Kali Gugur, Jue...

PELAKON Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Aziz berdepan detik hitam dalam hidupnya...

Polis Nafi Laporan Kononnya Mayat Morais Dijumpai Di Klang

KUALA LUMPUR – Polis hari ini menafikan laporan kononnya mayat Anthony Kevin Morais yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara, telah dijumpai di Klang, Selangor.

Penafian itu dibuat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad.

Beliau yang dihubungi Bernama menerusi telefon untuk pengesahan mengenai laporan itu telah menyatakan bahawa perkara itu adalah tidak benar.

Zainuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Berita mengenai penemuan mayat yang kononnya adalah Morais itu dilaporkan di sebuah laman facebook dan ia telah menjadi viral di media sosial.


Morais dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan pada Isnin lalu polis telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyiasat kes itu yang diketuai oleh Zainuddin sendiri.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau juga dilaporkan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori