Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Hari Tu Campak Kerusi,...

SIKAP tidak bertanggungjawab seorang individu yang baling televisyen dari tingkat atas sebuah pangsapuri...

Tindakan Pada Syarikat Ladang...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas syarikat tempatan yang beroperasi...

Import Makanan Ayam Antara...

POKOK SENA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenal pasti...

TDM Meterai Perjanjian Belian...

KUALA TERENGGANU - Anak syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad menandatangani Perjanjian Pembelian...

Polis Perlukan Seminggu Kenal Pasti Pemilik Kereta

HUTAN MELINTANG – Polis memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk menjalankan siasatan serta mengenal pasti pemilik kereta yang ditemui terbakar di ladang kelapa sawit Kampung Sungai Samak di Hilir Perak, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, masih terlalu awal untuk mengaitkan kereta itu milik Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais.

“Berdasarkan hasil siasatan, kita tidak menjangkakan sebarang penemuan untuk hari ini atau esok kerana siasatan kes ini memerlukan masa yang agak lama,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang di sini, hari ini.

Beliau berkata, bukti yang ditemui perlu di bawa ke Jabatan Kimia serta Unit Forensik untuk pemeriksaan lanjut.

“Kita masih menunggu hasil siasatan terperinci daripada Jabatan Kimia dan Unit Forensik yang datang membantu untuk mengenal pasti bahan bukti yang telah hangus terbakar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori