Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu Kalimah Allah, Kabinet...

KUALA LUMPUR : Kabinet yang akan memutuskan kementerian mana diberikan tanggungjawab bagi menguruskan...

Pyongyang Dakwa Ujian Peluru...

SEOUL - Korea Utara mengesahkan ia 'berjaya' menguji peluru berpandu balistik, lapor agensi...

Tiada Rakyat Malaysia Cedera...

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam insiden serangan...

Puting Dah Tiada, Adik...

KALAU ada yang masih ingat, dua tahun lalu gambar seorang kanak-kanak memakai baju sekolah...

Polis Sentiasa Tingkat Mutu Perkhidmatan – Acryl Sani

MUAR – Polis sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan yang sering dibangkitkan masyarakat bagi mengelak persepsi negatif yang sering ditimbulkan terhadap pasukan itu.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata pasukan itu sentiasa menerima maklum balas daripada masyarakat dalam setiap pertemuan termasuk Diskusi Meja Bulat yang telah diadakan di beberapa negeri.

“Polis telah menerima banyak respons daripada masyarakat tentang mutu perkhidmatan anggota polis yang pada mereka banyak persoalan yang perlu dijawab.

Kita ambil maklum perkara ini dan sentiasa memperbaiki tahap perkhidmatan polis demi kepentingan bersama,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Pelancaran Bulan Pencegahan Jenayah 2015: Diskusi Meja Bulat Keselamatan Komuniti di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia, Bakri di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi MCPF Johor Datuk Freddie Loong Hoo Hin dan Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob.

Acryl Sani berkata dalam sesi diskusi berkenaan, masyarakat masih berpendapat tahap keselamatan mereka masih perlu diberi perhatian walaupun hakikatnya kadar jenayah di negara ini telah turun sebanyak 40 peratus.

“Ini kali ketiga diadakan diskusi seperti ini iaitu di Perak, Kedah dan Johor dan selepas ini di Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu.


“Ini juga peluang kita bertemu semua pemimpin masyarakat memperjelaskan keadaan yang sebenar kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata pihaknya sentiasa menggalakkan masyarakat kejiranan di semua taman perumahan agar menubuhkan “pengawasan komuniti” di tempat masing-masing.

“Biar kita sama-sama menjaga keselamatan di tempat masing-masing dan ini penting buat semua pihak,” katanya.

Sementara itu Lee berkata MCPF akan mengadakan perbincangan dengan pasukan itu bagaimana pihaknya dapat menjaga kebajikan anggota polis di seluruh Malaysia yang banyak berjasa buat negara.

“MCPF amat prihatin mengenai soal menjaga kebajikan anggota polis seperti membantu mereka yang terbabit dalam kemalangan umpamanya,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori