Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

8 Lagi Kes Baharu...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan lapan lagi kes baharu yang...

Punca Kebakaran Tahfiz Masih...

KUALA LUMPUR - Lebih 20 pelajar dan 2 tenaga pengajar dilaporkan maut dalam...

PM Najib Bentang Pengubahsuaian...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016...

Staf IKSIM Boleh Minta...

SUDAHLAH tidak mendapat gaji, dihina pula apabila diminta meminta gaji daripada Jabatan Perdana...

Polis Tahan Lelaki Dipercayai Terlibat Kes Rogol & Samun

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai melakukan beberapa jenayah rogol dan samun di sekitar Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata suspek berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam di rumahnya berhampiran kawasan Persiaran Tasik Kesuma, Beranang, dekat sini.

“Suspek mengaku telah melakukan tiga kes jenayah sejak awal tahun ini dan kemudiannya menunjukkan sebuah van berwarna hijau yang digunakan untuk merogol dan menyamun mangsa yang tinggal di sebelah rumahnya baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Willey berkata suspek yang bekerja sendiri itu mempunyai rekod jenayah lampau dan menjadi buruan polis, dipercayai turut merogol seorang mangsa berusia 20-an di Kajang Utama pada 15 Ogos lepas.

Katanya penangkapan suspek telah menyelesaikan beberapa kes rogol sebelum ini di sekitar Selangor.


“Modus operandinya ialah dengan memanjat bumbung dan mencabut atap genting kediaman sebelum memecah siling rumah untuk masuk selain memperkosa mangsa di dalam rumah dengan bersenjatakan pisau,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=m-dpH15Wup8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori