Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

ABIM Puji Langkah Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik langkah kerajaan mewujudkan...

Cuaca Diramal Baik Pada...

KUALA LUMPUR - Cuaca pada pagi Hari Raya Aidilfitri yang disambut minggu ini,...

Tiket Separuh Akhir Piala...

SEREMBAN - Tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Negeri Sembilan menentang...

Syabas IM4U! Tangani Masalah...

SAAT situasi banjir dilihat semakin kritikal, ramai rakyat Malaysia bersatu hati menghulurkan pelbagai...

Polis Tahan Lelaki Tikam Rakan Dalam Pertengkaran

MELAKA – Polis menahan seorang lelaki selepas menikam rakannya dalam satu pertengkaran di Makam Sultan al-Ariffin Pulau Besar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata peniaga barang keperluan berusia 58 tahun itu ditahan di pulau berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Beliau berkata lelaki berkenaan dilaporkan bertengkar dengan mangsa berusia 40-an yang menjalankan perniagaan van sewa di pulau tersebut, dan siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam mangsa selepas bertengkar dipercayai ada kaitan dengan urusan perniagaan.

“Suspek menikam dada kanan mangsa dengan senjata tajam dan menyebabkan kecederaan di paru-parunya sedalam kira-kira tiga inci,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang berasal dari Melaka kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Shaikh Abdul Adzis berkata polis juga telah menjumpai senjata yang digunakan dalam kejadian itu untuk membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dan enam wanita warga asing berusia 18 hingga 40 tahun ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini kira-kira pukul 2 pagi Khamis.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan, dipercayai penjaga pusat hiburan yang beroperasi lebih daripada masa yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata lima daripada wanita berkenaan disyaki melanggar syarat pas, permit dan pas sempadan manakala seorang lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=W-22J4aJjgQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori