Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rakaman CCTV Klia2, MAHB...

KUALA LUMPUR - Polis diarah untuk menjalankan siasatan ke atas Malaysia Airports Holdings...

Mangsa Banjir Di Johor...

Johor Bahru : Keadaan banjir di Johor dilihat semakin surut dengan jumlah mangsa...

Seramai 64 Ditahan Di...

GEORGE TOWN - Seramai 64 penjenayah termasuk tujuh pemilik pusat judi di Pulau...

Tiada Toleransi Buat Mereka...

KUALA LUMPUR - Tiada toleransi kepada penyewa asal kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR)...

Petugas Di IPK Sarawak Ditahan, Suspek Kes Rompak Kedai Emas

KUCHING – Polis menahan seorang lelaki berumur 30 tahun awal hari ini yang disyaki terbabit dalam rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Carpenter di sini tiga hari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M Sree Shunmugam berkata siasatan mendapati suspek bekerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Jalan Badaruddin di sini.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang Sabtu lepas, suspek yang memakai topi keledar berpenutup penuh merempuh masuk kedai emas itu lalu melarikan sejumlah barang kemas bernilai kira-kira RM20,000 selepas memecahkan kaca ruang pameran kedai.

Katanya suspek yang cedera di tangan kanannya semasa melakukan rompakan, kemudian melarikan diri dengan membonceng motosikal rakannya yang menunggu di luar kedai.

“Kira-kira pukul 6 pagi ini, sepasukan polis dari unit D9 Jabatan Siasatan Jenayah diketuai DSP Sarifuddin Mustaffa menahan suspek di kediamannya di Petrajaya dan menemui semua barang kemas tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dev Kumar berkata polis turut menemui sehelai baju yang mempunyai kesan darah, dipercayai dipakai suspek semasa melakukan rompakan.

Beliau berkata polis akan menghantar unit penyelam ke sebuah tasik di Petrajaya di sini untuk mencari sepana yang dipercayai digunakan dalam rompakan itu.


“Kami menganggap kes ini berprofil tinggi kerana rompakan kedai emas jarang-jarang sekali berlaku di Sarawak,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataan menyusul, Dev Kumar berkata polis menahan seorang lagi lelaki berumur 30 tahun yang dipercayai rakan suspek dalam kejadian rompakan itu.

Beliau berkata lelaki itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi ini di rumahnya di Kampung Gita.

Katanya susulan penahanan itu polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam rompakan berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori