Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Rakyat Malaysia Antara...

BANGKOK - Dua rakyat Malaysia antara 16 orang yang terbunuh dalam letupan bom...

Kak Hassanah Buka ‘Fan...

KISAH mengenai 'anak mat salleh' yang berhenti menangis selepas diselawatkan oleh seorang wanita...

IS Semakin Mara, 150,000...

BEIRUT - Kumpulan militan Negara Islam (IS) telah mengetatkan kawalan sekitar Kurdish di...

Ancaman Bom Palsu Di...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan tiada bahan letupan ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan...

Polis Tawar Ganjaran Cari Individu Pijak Gambar PM, Hadi

KUALA LUMPUR – Polis menawarkan ganjaran kewangan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sewaktu perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, polis memandang serius perbuatan memijak gambar itu kerana ia mewujudkan suasana tegang sehingga membangkitkan ketidaktenteraman awam dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Polis harus mengambil tindakan mengikut landasan undang-undang bagi memastikan perkara sebegini tidak mencetuskan tindak balas mana-mana pihak yang akhirnya akan menjejaskan keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau, bagaimanapun tidak menyatakan amaun yang ditawarkan.


Sehubungan itu, polis menyeru kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai pelaku-pelaku terbabit agar tampil membantu siasatan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori